PENTADBIRAN kerajaan diketuai Muhyiddin yang tertegak dari 'Langkah Sheraton' tidak kuat, tegas Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap di Majlis Himpunan Tertinggi PRO98 Reformis Malaysia di kediamannya di Segambut malam tadi, Anwar turut mendedahkan ada gerakan untuk mendapatkan lebih banyak sokongan dari ahli parlimen untuk menyokong Muhyiddin dijalankan.
Dengan nada sini Anwar berkata, sehingga kini belum didatangi mana-mana pihak untuk memujuknya menyertai Kabinet kerajaan Mahyuddin dan beliau merasa 'kecil hati'
"Kerjanya pujuk satu demi satu. Saya sahaja belum kena pujuk. Saya kecil hati juga belum sesiapa cuba datang pujuk.
"Dia pujuk, ku lesing," katanya yang disambut ketawa hadirin.
Krisis politik bermula apabila bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan kumpulannya meninggalkan KEADILAN untuk menumbangkan Pakatan harapan (HARAPAN) bagi menubuhkan kerajaan baharu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional dan Pas.
Rompakan kuasa
Sementara itu, Anwar menyuarakan rasa kesal dengan apa yang dianggapnya sebagai rompakan kuasa.
Tegasnya, perancangan tersebut bukanlah baharu dan usaha berkenaan juga turut meletakkan KEADILAN berada dalam krisis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Sekarang terbukti yang kita serang ini antara lain kartel ini ialah orang yang khianat kepada amanah rakyat dalam pilihanraya umum (PRU)," katanya.
Bagaimanapun Anwar mengingatkan penyokong bahawa apa yang berlaku ini bersifat sementara dan mengharapkan pendokong parti fokus kepada perjuangan.
"Kita ikut landasan perjuangan kita. Jangan kita terlalu gusar. Setengah orang kata 'habislah aku'. Kalau habis, balik tidur di rumah, jangan fikir soal perjuangan," katanya lagi.
Sebelum ini, Anwar mengesahkan bahawa beliau ditawarkan jawatan Perdana Menteri sebagai pertukaran untuk menerima UMNO sebelum berlakunya krisis politik yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan kerajaan HARAPAN.
Namun Anwar terus berpegang dan menghormati mandat diberikan rakyat kepada HARAPAN pada Pilihan Raya Umum lalu.

0 Comments