RAKYAT Malaysia supaya benar-benar mengambil tahu langkah yang perlu dilakukan ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan dikenakan.
Seorang pakar kawalan penyakit berjangkit, Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, berkata orang ramai sepatutnya tidak ke mana-mana sepanjang tempoh tersebut dan harus berada di mana mereka berada.
Tambahnya, apa-apa tindakan seperti pulang ke kampung atau bercuti dalam negeri bagi tempoh penguatkuasaan perintah itu hanya akan menggagalkan usaha membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19)
"Tujuan utama arahan yang dikeluarkan ini ialah mengehadkan sebarang pergerakan, meminumumkan kontak dalam kalangan orang ramai yang boleh menyebarkan virus," katanya melalui ciapan di Twitter
Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya itu sebelumnya turut menekankan langkah serupa kepada stesen Astro Awani semasa ditanya sama ada wajar untuk orang ramai balik kampung semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.
Susulan penularan wabak tersebut yang meningkat secara mendadak sejak seminggu lalu, kerajaan melaksana Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac. Ia turut memnbabitkan penutupan sekolah serta pusat pengajian tinggi kerajaan dan swasta.
Sementara itu, seorang bekas pegawai perubatan, Dr Amar Singh HSS, berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tidak sepatutnya dimanfaatkan sebagai waktu untuk bercuti.
Selain itu, katanya, orang ramai juga tidak perlu membuat pembelian panik kerana ia hanya akan meningkatkan risiko untuk mereka dijangkiti penyakit Covid-19.
"Ini berbahaya. Ia membantu penyebaran koronavirus. Hentikan pembelian panik," katanya melalui Tiwtter.
0 Comments