KEADAAN kesihatan Pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 76, yang sedang dirawat di Hospital UiTM Sungai Buloh semenjak 6 Mac lalu dilapor merosot.
Anak sulung Zulkifli Zain yang juga merupakan pelakon dan pengarah, Dr. Norzizi Zulkifli berkatam ayahnya yang dimasukkan ke hospital susulan jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang kini mengalami pendarahan dalam otak.
Norzizi yang mengharapkan orang ramai dapat mendoakan kesihatan ayahnya itu turut memberitahu keadaaan kesihatan bapanya kini tidak stabil semenjak tiga hari lalu.
“Ada kala sedar dan dengar arahan, ada masa tidak faham. Keadaannya seperti mamai. Bagaimanapun, dia tidak memberikan respon dan makanan disuapkan pun tidak digigit, semalam,” katanya seperti dilaporkan.
Bagaimanapun, jelasnya, doktor memaklumkan pendarahan otak yang dialami bapanya itu tidak merebak dan mempunyai peluang untuk kembali sembuh.
Terdahulu sebelum itu, Zulkifli yang mula dikenali menerusi filem Jiwa Remaja itu mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung dan buah pinggang.
Malah suami kepada pelakon veteran, Datin Normala Omar dan bapa kepada lima anak itu juga mengalami lumpuh dan berkerusi roda sejak beberapa tahun lalu.
0 Comments