Cubaan fitnah Anwar, KEADILAN lapor polis


CABANG
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar membuat dua laporan polis berhubung cubaan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia berhubung fitnah seorang pengguna laman sosial Facebook yang menuduh Anwar  menawarkan ratusan juta ringgit kepada ahli Parlimen yang menyokongnya melalui satu tulisan disiarkan di laman Facebook individu tersebut.

Timbalan Ketua Cabang, V Kumara Guru berkata, pihaknya mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook berkenaan dan berharap tindakan tegas dapat diambil pihak berkuasa.

Dakwaan itu berkata, ahli Parlimen yang akan melompat dan menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menubuhkan kerajaan dengan nilai RM100 juta dan nilai tawaran akan meningkat atau lebih mengikut latar belakang ahli Parlimen yang akan dibeli.

"Saya percaya penulis diupah membuat tuduhan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia mendakwa ada kalangan ahli Parlimen ditawarkan ratusan juta ringgit untuk melompat parti dan membentuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) 2.0," katanya dipetik laporan oleh Sinar.

Tambah Kumara, beliau menyedari mengenai tulisan fitnah tersebut selepas membacanya di medium tersebut pada jam 12.30 tengah hari di pejabatnya di Taman Bahagia, Alor Setar semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua AMK Alor Setar, Mohd Syauqi Md Sahimi berkata, KEADILAN itu ketika saat negara berdepan dengan kemelut politik yang belum berakhir sepenuhnya.

"Sepatutnya perkara seperti ini tidak timbul dalam keadaan politik yang tidak stabil dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan secepat mungkin," tegasnya.

Post a Comment

0 Comments