Dua warga Bangladesh maut tertimbus tanah



DUA
pekerja warga Bangladesh maut selepas tertimbus timbunan tanah di sebuah tapak projek perumahan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang di Mentakab semalam  mangsa, Md Shoriful, 43, dan Julhas Rahman, 27, dilapor meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, ketika kejadian mangsa bersama seorang pekerja lain berada dalam lubang digali untuk kerja-kerja menanam paip najis dengan kedalaman kira-kira enam meter di lokasi terbabit.

"Semasa kerja-kerja itu dijalankan, timbunan tanah lubang tersebut telah runtuh dan menyebabkan dua pekerja tertimbus manakala seorang lagi terselamat.

"Kedua-dua mangsa tidak dapat diselamatkan akibat runtuhan tanah yang banyak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dikeluarkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab dan kemudianya dihantar ke hospital untuk urusan berikutnya,

"Mayat dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat," kata Mohd Yusri dipetik.

Post a Comment

0 Comments