Kejohanan Olahraga sedunia di Nanjing ditangguhkan


KEJOHANAN Olahraga Indoor Sedunia 2020 yang dijadual diadakan di Nanjing dari 13-15 Mac ini akan ditangguhkan ke Mac tahun hadapan.

Keputusan itu disepakati Olahraga Sedunia, sebuah badan sukan olahraga dunia dalam satu kenyataannya.

Keputusan pengguhan itu dibuat susulan penularan wabak koronavirus di negara berkenaan dan nasihat daripada pasukan perubatan yang berhubung dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kami tahu bahawa China sedang berusaha sebaik mungkin untuk membendung penyakit Koronavirus itu dan kami menyokong mereka dalam semua usahanya tetapi adalah perlu bagi kita memaklumkan kepada atlet, anggota persekutuan dan rakan mengenai situasi keadaan dan masa hadapan.

"Kita telah menimbang kemungkinan penempatan semula acara itu ke negara lain dan ingin berterima kasih kepada bandaraya berkenaan yang secara sukarela bersedia menjadi hos kejohanan.

"Bagaimanapun, memberi pertimbangan masih wujud penularan virus itu di luar China, kami membuat keputusan untuk tidak bersetuju dengan pilihan itu, kata kenyataan tersebut yang dikongsikan dilaman portal mereka

Olahraga Sedunia percaya ia dapat mencari tarikh sesuai pada 2021 untuk hos acara itu dan Nanjiang diberi tempoh perancangan dan persediaan lanjut untuk acara ini.

"Kami memilih untuk tidak membatalkan kejohanan itu kerana ramai daripada atlet kita mahukan acara itu diadakan agar kita boleh mula bekerja dengan atlet, rakan dan jawatankuasa penganjur Nanjing bagi mendapatkan satu tarikh," katanya dipetik Bernama.

Sementara itu dalam perkembangan lain, jumlah kematian  akibat wabak koronavirus di China kini meningkat 259 orang. 


Post a Comment

0 Comments