Pentadbiran Anwar tunjuk ajaran Islam sebenar, kata pemimpin DAP


PENTADBIRAN
kerajaan terutama yang berkait hal ehwal Islam dibawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipuji.

Pemimpin kanan DAP,  dalam hantaran pendek di laman Twitternya berkata, sejak Anwar mengetuai pentadbiran di negara ini, “Islam sebenar” yang adil dan penyayang tanpa mengira kaum sudah dilihat makin subur.

“Perpaduan dalam kepelbagaian dan prinsip keadilan sosial untuk semua perlu kita dukung bersama,” katanya yang menggunakan tanda pagar  #MalaysiaMadani #StrongerTogether (teguh bersama).

Penntadbiran Anwar tunjuk contoh baik
Ketua anggota Parlimen DAP itu turut menyenaraikan beberapa kejayaan dalam pentadbiran Anwar setakat ini melalui poster “Islam Progresif bersama PMX”  dalam hantaran itu.

Antara perkara disenaraikannya ialah peningkatan kuota haji, penggunaan Seri Perdana sebagai pusat ilmu, tidak mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta usaha melahirkan golongan hafiz profesional.

Post a Comment

0 Comments