BEKAS Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menafikan fitnah beliau terlibat dengan rasuah ketika menjawat jawatan itu.
Menjawab dakwaan berhubung dakwaan milikan sebuah kenderaan mewah jenama Toyota Vellfire yang didakwa diberikan padanya, Mazlee menjelaskan bahawa ia ialah milik Education Malaysia Global Service (EMGS) - agensi milik Kementerian Pengajian Tinggi.
Bagaimanapun tambah Mazlee, kenderaan itu telah dipulangkan semula selepas dia tidak lagi berkhidmat dalam kerajaan.
“Fitnah kononnya saya diberikan Vellfire nombor 2828. Itu milik EMGS agensi KPM (sekarang KPT) yang digunakan sewaktu saya menteri.
“Hari saya berhenti, kereta itu dipulangkan dan terus digunakan oleh CEO EMGS,” katanya.
Menulis di Twitter hari ini, Maszlee bagaimanapun sempat secara sinis berkata “kenderaan rasminya” sekarang ialah sebuah kereta sport mewah British.
“Kenderaan rasmi saya MYVI, dan terkini ‘Aston Martin’,” selorohnya.
Maszlee turut berkongsi gambar ubah suai menampilkan kepalanya ditampal pada badan seorang individu yang bergambar dengan kereta itu.
Aston Martin boleh mencecah harga sehingga jutaan ringgit, mengikut model dan tahun.
Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan, sekeping gambar Vellfire putih dengan plak "Menteri" di atas plat lesen beredar di media sosial.
Maszlee jawab tuduhan terima kenderaan mewah |
Mazlee baru-baru ini menegaskan bahawa dakwaan terhadapnya tidak konsisten dan berubah-ubah.
Beliau menganggap fitnah yang disebarkan terhadapnya satu usaha pembunuhan karakter menjelang PRN yang bakal diadakan.
0 Comments