NAIB PRESIDEN Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kemelut membabitkan parti PAS dan UMNO ketika ini adalah isu membabitkan kasih sayang.
Menganggap kemelut itu sebagai sukar untuk diselesaikan, Mahfuz turut menyifatkan PAS masih merengek dan mendambakan kasih sayang daripada UMNO.
Dipetik laporan Awani, Mahfuz berkata kedua-dua parti mengamalkan politik sempit dan berdepan isu kepercayaan meskipun sedang 'tidur sebantal' di peringkat Persekutuan.
"Saya lihat masalah yang dihadapi sekarang ini adalah PAS masih merengek untuk mendapat kasih sayang UMNO, tetapi UMNO sudah isytihar dia akan pergi secara solo… jadi ini isu kasih sayang dan saya tak nampak keadaan ini akan diselesaikan.
"Namun, apa (sahaja keputusan) pun terpulang kepada kedua parti sama ada mereka hendak berdamai atau tidak… tetapi dengan pengisytiharan muzakarah antara PAS dan Bersatu dan mereka telah pun tandatangan satu perjanjian, saya tidak nampak mereka kembali bersama UMNO," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu menurut laporan tersebut.
Beliau turut melahirkan pandangan bahawa kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung pendiriannya mengenai UMNO sebagai arahan untuk ahli-ahli parti terbabit taat terhadap setiap keputusan kepimpinan yang dibuat.
Katanya, kenyataan Abdul Hadi melalui catatan di akaun Facebooknya seperti menterjemahkah kebimbangannya kehilangan lebih ramai ahli parti berkenaan susulan pergolakan dalaman Pas.
"Inilah kaedah yang dilakukan PAS selama ini iaitu taat, siqah, wala' kepada pemimpin.
"Apa yang disebut Haji Hadi semalam dia nak ahli PAS taat kepada keputusan yang dibuat oleh pemimpin, sebab dia sudah dapat melihat bagaimana di bawah ini berlaku pergolakan ahli," kata Mahfuz.
Abdul Hadi dalam catatannya berkata, PAS tidak akan sekali-kali diperbodohkan dengan politik sempit dibawa oleh UMNO.
Benarkah PAS masih damba kasih sayang UMNO? |
Malah beliau turut mendakwa, UMNO juga meminggirkan masyarakat majmuk melalui pendekatan yang telah gagal melalui Barisan Nasional (BN).
0 Comments