Lalita sedia jawab di mahkamah tak fitnah Azam Baki


WARTAWAN
yang berdepan tindakan saman daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki bersedia untuk membuktikan di mahkamah kandungan bahawa artikelnya bukan fitnah.

Lalitha Kunaratnam berkata, tiada sebarang niat jahat di pihaknya apabila artikel itu diterbitkan seperti didakwa Azam dalam penyataan tuntutannya.

“Defendan menafikan setiap satu dakwaan yang dikemukakan plaintif dalam penyataan tuntutannya,” katanya selain menambah bahawa saman berkenaan sepatutnya ditolak dengan kos.

Beliau memfailkan penyataan pembelaan menerusi Tetuan Ibrahim & Fuaadah pada Khamis berkata, artikel diterbitkan dalam portal ‘Independent News Service (INS)’ adalah bersandarkan pelaporan neutral dan adil berasaskan kajian yang dilakukan.

“Intipati pelaporan neutral adalah penerbitan maklumat berdasarkan kepentingan awam,” katanya.

Lalita turut memberitahu sedang mengumpul pembelaan bagi menyangkal segala dakwaan yang dihadapinya.

Sementara itu tambahnya, perkataan yang dipertikaikan itu jika diletakkan dalam konteks bersesuaian, mempunyai makna semula jadi dan biasa dan ssekiranya perkataan itu mengandungi unsur memfitnah, maka dia akan bergantung pada pembelaan pelaporan neutral, kelayakan istimewa, “keistimewaan Reynolds”, ulasan adil, justifikasi dan beberapa peruntukan mengikut Akta Fitnah.

Menurut pernyataan pembelaan yang difailkannya seperti dilapor Malaysiakini, Lalitha menegaskan bahawa artikelnya menyentuh perkara kritikal kepentingan awam yang pada mulanya dibangkitkan oleh Edisi Siasat dan laman web lain pada September tahun lepas.

Tegasnya, laporan dalam talian di laman web ini - mengenai dakwaan konflik kepentingan dan kaitan perniagaan yang melibatkan SPRM dan entiti korporat, pegangan saham dan jawatan pengarah - menjadi tular.


Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan 12 Jan lalu, Azam mendakwa defendan mengarang dua artikel bertajuk “Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?” (Bahagian 1) dan “Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?” (Bahagian Dua) yang pertama kali diterbitkan oleh Lalitha dalam INS pada 26 Okt sebelum kedua-dua artikel itu diterbitkan semula pada 15 Dis lalu.

Plaintif mendakwa defendan turut berkongsi pautan artikel itu di Twitternya atas nama @LalithaVelvet untuk disebarkan kepada umum dan pautan kedua-dua artikel itu masih boleh diakses sekarang.

Azam mendakwa tajuk artikel itu sensasi, bersifat skandal dan menjengkelkan kerana ia dikarang dan diterbitkan semula dengan niat jahat bagi memberi kesan serta gambaran amat buruk kepada pembaca bahawa plaintif ialah penjawat awam yang korup atau menyalahgunakan kedudukannya sebagai pegawai tinggi SPRM untuk kepentingan sendiri atau adik-beradiknya.

Lalita sedia jawab di mahkamah
Lalitha turut mendakwa sejak sebelum dia mula menulis artikelnya dan sehingga dia menyiapkan penulisannya pada Oktober tahun lalu, dia telah mencuba beberapa kali untuk mendapatkan maklum balas daripada Azam berhubung isu itu, tetapi dia didakwa tidak memberikan sebarang jawapan.

“Artikel-artikel tersebut tidak berkaitan secara eksklusif dengan plaintif (Azam) tetapi menangani isu nasional dan politik yang lebih luas tentang kemungkinan rasuah dan hubungan entiti perniagaan yang sedang diketengahkan dalam media Malaysia." jelasnya.

Sementara itu Azam jelasnya , Azam akhirnya menjawab melalui sidang akhbar pada 5 Jan selepas berdiam diri selama tiga bulan berikutan pelbagai perkembangan yang dilaporkan media mengenai isu itu.

Post a Comment

0 Comments