SEORANG penganalisis berpandangan negara akan berdepan malapetaka besar sekiranya Umno kembali berkuasa di negara ini.
Penganalisis yakin jika Umno kembali berkuasa di negara ini, ia akan membawa malapetaka besar kepada negara bukannya kestabilan dan kemajuan.
Yong Thye Chong yang lebih dikenali sebagai Kim Quek berkata Umno telah sinonim dengan kleptokrasi dan perkauman, sebagaimana yang ditekankan oleh parti itu melalui doktrin ketuanan kaum iaitu Ketuanan Melayu.
“Saya boleh memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa kembalinya kleptokrat Umno bukannya akan membawa kestabilan dan kemajuan, tetapi akan membawa malapetaka lagi kepada negara,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau sebelumnya mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Mohamad Khalid Nordin yang mengajak perkongsian kuasa dengan orang bukan Melayu.
Tambah Kim Quek, ajakan Khalid itu hanya ucapan manis pra-pilihan raya sahaja. Bagi beliau, Umno tidak pernah bertaubat selepas kekalahan pahitnya dalam PRU14.
"Ia ditunjukkan melalui penafian berterusan mereka terhadap sebarang kesalahan dalam skandal besar negara iaitu 1MDB.
"Ia juga ditunjukkan melalui pergolakan tidak henti-henti yang dibuat oleh Umno dan kuncu-kuncu mereka untuk membangkitkan ketaksuban perkauman semasa pemerintahan singkat Pakatan Harapan (HARAPAN)," tegasnya.
Dua pemimpin utama Umno sekarang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak sedang berhadapan dengan kes rasuah terbesar negara terutama skandal 1MDB.
Pada pilihn raya umum ke 14 lalu, rakyat negara ini telah menolak mereka menerusi pilihan raya, namun Umno kembali berkuasa melalui permainan politik dan putar belit kuasa.
Semalam, Khaled Nordin berkata, usaha meningkatkan sokongan bukan Melayu mesti menjadi strategi paling penting bagi BN.
Kenyataan Khalid dianggap sekadar ucapan manis |
“Keterangkuman mesti bersandarkan hasrat yang tulen dan murni, bukan pementasan wayang yang olok-olok,” katanya.
0 Comments