TIGA pelajar Malaysia yang menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di Afrika Selatan cedera dalam insiden rompakan.
Difahamkan, pelajar University of Newcastle Durban itu mengalami kecederaan yangd ianggap parah namun dilapor berada dalam keadaan stabil.
Wisma Putra menerusi kenyataan malam tadi memaklumkan seorang pelajar ditembak di kaki, manakala dua lagi ditikam.
“Semua mangsa dikejarkan ke hospital tempatan untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” menurut kenyataan itu.
Tiada maklumat lanjut berhubung insiden rompakan tersebut.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sedang memantau keadaan terkini semua mangsa dan akan menghulurkan bantuan sewajarnya.
0 Comments