KEMALANGAN ngeri di Sungai Siput, Perak semalam membunuh seorang lelaki dipercayai orang kurang upaya (OKU).
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Suhaimi Abd Rahim, 51, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di KM25.5, Jalan Ipoh - Kuala Kangsar berhampiran Rimba Panjang.
Menurut Ketua Polis Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila kereta jenis Proton Saga yang dipandu mangsa dipercayai telah hilang kawalan.
“Mangsa memandu dari arah Sungai Siput menuju ke Ipoh dipercayai hilang kawalan setibanya di tempat kejadian lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori.
“Akibat pertembungan itu, mangsa tersepit di tempat duduknya dan khidmat bomba dipanggil untuk membawa mangsa keluar,” katanya .
Natizen berkongsikan gambar kenderaan dipandu Suhaimi yang remuk di media sosial semalam.
Sementara itu, Mohd Khaizam nengesahkan bahwa mangsa meninggal dunia dditempat kejadian. Menurutnya mayat mangsa kemudianya dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.
Sementara itu, pemandu lori dan kelindan masing-masing lelaki berusia 40-an dilapor tidak mengalami sebarang kecederaandalam kejadian itu.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Mohd Khaizam lagi.
0 Comments