AHLI PARLIMEN Segambut Hannah Yeoh mendedahkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dibelenggu kepimpinan yang lemah dan tidak maju dalam isu-isu besar,
Kesimpulan itu dibuat susulan terbitan kad laporan 100 hari kementerian diterajui Rina Harun dan timbalannya, Siti Zailah Mohd Yusoff itu.
Menurut Hannah, aktivis wanita menanda kad laporan itu dengan markah yang buruk.
Sheela Jayabalan, yang mengajar undang-undang di UiTM Shah Alam dipetik laporan media menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan kekurangan kemajuan kementerian itu dalam menghentikan perkahwinan bawah umur.
“Ia sepatutnya sudah dijadikan satu jenis jenayah,” katanya.
Beliau ingin melihat Rina and Siti Zailah menangani penyediaan pendidikan seks holistik di sekolah dan isu pekerjaan untuk golongan kurang upaya sebelum pilihan raya akan datang (PRU15).
Sementara itu, Timbalan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Yu Ren Chung memuji kementerian kerana meneruskan usaha menangani keganasan domestik dan memperuntukkan dana tambahan bagi mangsa penderaan.
Bagaimanapun, beliau mempersoalkan pelaksanaan inisiatif dalam menyelesaikan isu ini.
“Tiada butiran terperinci mengenai rancangan dan bagaimana peruntukan bajet akan dilaksanakan,” katanya.
Apa pencapaian Rina dan Siti Zailah? |
Kiraan detik 100 hari bermula pada 1 Sept apabila Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Muhyiddin Yassin.
Rina dan Siti Zailah bagaimanapun telah menyandang jawatan mereka sejak Mac tahun lepas.