Politikus jadikan RUU Akta Antilompat Parti 'mainan' kata Fahmi

 

TERDAPAT sesetengah ahli politik menjadikan penggubalan undang-undang baru - termasuk Akta Antilompat Parti sebagai bahan tawar-menawar mereka, dakwa Fahmi Fadzil.

Fahmi yang menganggotai jawatankuasa pelbagai parti bagi mengawasi pelaksanaan pembaharuan sistem yang dipersetujui Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan kerajaan berkata, Akta Antilompat Parti itu kini menjadi seperti perang proksi dan ia seola-olah mempermainkan demokrasi.

"Mereka itu bertelagah atas sesuatu yang lain tetapi mereka menggunakan (rang undang-undang - RUU - tersebut) sebagai alat.

"Mereka bukannya bertelagah mengenai butiran akta tersebut, atau prinsipnya tetapi ia menjadi alasan.

"Mungkin bagi sesetengah mereka, ia menjadi alat tawar-menawar, tetapi bagi saya kita tak patut meletakkan demokrasi Malaysia dalam keadaan begitu," katanya dengan berkata mereka menjadi punca penggubalan undang-undang baru tertangguh sehingga kini.

Pengarah komunikasi parti KEADILAN itu sebelumnya berucap sebagai panel dalam forum anjuran Bersih dan Majlis Peguam Malaysia di Petaling Jaya hari ini.

Forum itu membincangkan keperluan mengehadkan tempoh seseorang menjadi perdana menteri.

Tambah Fahmi sangat tidak wajar untuk sesiapa pun menjadikan demokrasi negara ini sebagai alat untuk tawar-menawar sebarang ahli politik kerana ia adalah milik rakyat.

Sesetengah ahli politik cuba ambil kesempatan
Sementara menurut Malaysiakini, Fahmi ketika ditanyakan lebih lanjut watak ahli politik yang diceritakannya menjadikan RUU Akta Antilompat Parti sebagai bahan tawar-menawar mereka enggan mendedahkan secara terperinci dakwaanya.

Bagaimanapun dia memberi bayangan perkembangan itu ada kaitan dengan kemelut yang melanda parti politik yang menjadi kerajaan sekarang.

Post a Comment

0 Comments