KEADILAN siasat Zuraida susulan aduan disiplin


NAIB presiden parti Keadilan rakyat (KEADILAN), Zuraida Kamaruddin, sedang disiasat jawatankuasa disiplin parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan itu dibuat susulan aduan diterima membabitkan Ahli Parlimen Ampang itu

“Saya boleh sahkan ada aduan terhadap beliau (Zuraida) dan saya boleh sahkan aduan itu sekarang berada di tangan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin (PKR), Datuk Ahmad Kassim,” katanya dipetik portal Berita Harian.

Tambah Saifuddin, aduan itu diterima sejurus selepas Kongres KEADILAN yang diadakan di Melaka berakhir pada bulan lalu,
bagaimanapun Saifuddin mendakwa tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung perkembangan siasatan kes itu.

Rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parti terhadap Zuraida memuncak selepas beliau dikatakan menyerang ahli lain dalam ucapannya pada majlis makan malam ‘Wawasan Kemakmuran Bersama 2030’ pada 8 Disember lalu.

Majlis makan malam itu dianjurkan sekutu rapat Zuraida, Mohamed Azmin Ali sejurus selepas mereka yang bersekutu dengan puak digelar kartel itu memboikot hari terakhir kongres national yang diadakan.

Sementara itu, ketika ditanya bila keputusan berhubung kedudukan Zuraida dalam parti akan diketahui, Saifuddin berkata ia bergantung kepada siasatan.

“Sesuatu tindakan disiplin itu akan membawa kepada keputusan akhir, sama ada amaran, gantung atau pecat,” katanya.

Post a Comment

0 Comments