Imam maut ditetak sepupu


SEORANG  imam maut setelah ditetak oleh sepupunya sebaik selesai menunaikan solat subuh di Kampung mamaitom dekat Tenom pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 5.30 pagi itu, Platani Ukir, 35, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dibahagian belakang kepala.

Menurut laporan Awani, mangsa sedang berjalan menuju ke tempat letak motosikalnya.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid dipetik berkata, mangsa dipercayai diserang dari arah belakang oleh suspek.

Mangsa ditetak ketika ke motosikal
"Saksi yang berada di lokasi kejadian kemudiannya menyedari perkara itu selepas terdengar bunyi bising lalu melihat mangsa sedang terbaring dan suspek juga dilihat menekan leher mangsa sambil memegang tukul dan terdapat sebilah parang di bahagian pinggangnya.

"Mereka (saksi) cuba membantu namun dihalang suspek sebelum bertindak menghubungi polis untuk meminta bantuan," katanya.

Sepasukan polis kemudiannya menahan suspek berusia 53 tahun dan merampas parang serta tukul yang dibawa lelaki berkenaan.

"Hasil pemeriksaan dan siasatan lanjut juga mendapati suspek yang terlibat ini dipercayai seorang pesakit mental dan punca kejadian ini masih dalam siasatan polis," katanya sambil menjelaskan, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Post a Comment

0 Comments