Konflik Asia Barat: MAS elak ruang udara Iraq


SYARIKAT
penerbangan, Malaysia Airlines (MAS) mengelak daripada menggunakan laluan udara Iraq susulan ketegangan dirantau itu.

Malaysia Airlines dalam kenyataannya berkata, langkah itu diambil bagi semua penerbangan penerbangan dua hala untuk destinasi London, Jeddah dan Madinah.

tambah kenyataan MAS itu lagi,  pihaknya aktif menjalankan pengawasan menerusi sistem pengawasan penerbangan dan dibantu pelbagai laporan pentaksiran termasuk keselamatan global.

“Selain itu, kita turut dibantu dengan Notice to Airmen (NOTAM) dikeluarkan pihak berkuasa kawalan ruang udara setiap negara.

“Semua pesawat kita turut dilengkapi Komunikasi Satelit (SATCOM) bagi berkomunikasi secara terus bagi sebarang maklumat kritikal dan tindakan, termasuk mengatur semula laluan. Keselamatan adalah faktor amat penting bagi kami,” kata kenyataan tersebut.

Ketegangan di rantau itu memuncak setelah Iran melancarkan tembakan roket ke atas dua pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) rentetan insiden pembunuhan Panglima Tentera Iran, Qasem Soleimani

Soleimani, 62, yang mengetuai sayap luar negara Pengawal Revolusi, dianggap sebagai tokoh kedua paling berpengaruh di negara majoriti Syiah itu selepas Khamenei.

Susulan ketegangan itu, Wisma Putra baru-baru ini mengeluarkan nasihat agar rakyat Malaysia membatalkan perjalanan ke rantau berkenaan, malah Kerajaan turut dilapor telah bersiap sedia memindahkan 200 rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas.
 

Post a Comment

0 Comments