Budak lelaki kaki 'pau' kene cekup


POLIS dilapor telah menahan remaja dipercayai terlibat peras ugut terhadap seorang pelajar sekolah agama di jajahan Machang, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, kesemua empat remaja berusia 13 hingga 15 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan susulan satu rakaman video yang tular sebelum ini.

“Berdasarkan siasatan awal kejadian yang tular di media sosial sejak semalam itu berlaku pada 21 November tahun lalu.

“Berdasarkan laporan, mangsa memberitahu dia dipanggil oleh kawannya ke lokasi kejadian iaitu di belakang sekolah terbabit.

“Suspek yang dikenali mangsa dikatakan meminta RM5 tetapi jumlah ini tidak mencukupi menyebabkan dia ditendang,” katanya dipetik Sinar.

Difahamkan, mangsa buli berusia 14 tahun telah membuat laporan berhubung peras ugut itu di balai polis selepas video tersebut tular.

Video berdurasi 30 saat yang tular sejak tengah malam tadi turut menunjukkan seorang remaja menyepak pelajar yang memakai pakaian sekolah dipercayai meminta duit daripada mangsa.

Remaja itu turut didengar mengeluarkan perkataan kesat dalam rakaman.

Tindakan biadap itu menerima kecaman warganet yang meminta supaya remaja terbabit dikenakan hukuman setimpal.

Post a Comment

0 Comments