DUA lelaki warga tempatan dilapor cedera parah selepas pendingin hawa dibaiki mereka meletup.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang di Westport Bisnes Central semalam, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.30 petang sebelum bertindak segera mengegaskan anggota bagi membantu.
"Sepasukan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba kira-kira jam 4.48 petang," katanya.
Bagaimanapun jelas Hafisham, mangsa yang parah dihantar ke hospital menggunakan ambulans sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian.
0 Comments