IKEA mahu pelanggan pulang semula 'cawan beracun'


PASARAYA
produk perabot dan rumah terkenal dari Sweden, IKEA, dilapor menarik semula berjuta-juta cawan 'Made in India' di hampir semua gudangnya di seluruh dunia.

Tindakan itu dibuat berikutan kewujudan bahan kimia berlebihan dalam produk plastik itu.

IKEA dalam satu kenyataan, berkata pihaknya menerima laporan ujian menunjukkan cawan berkenaan mengandungi tahap Dibutyl phthalate (DBP) melebihi had yang ditetapkan.

Agensi berita ANN turut melaporkan gesaan IKEA agar orang ramai tidak menggunakan cawan plastik TROLIGTVIS.

Sebagai sebahagian daripada dasar kawalan kerosakan, IKEA menggesa pelanggannya di seluruh dunia memulangkan cawan dan mendapatkan bayaran balik tanpa memerlukan resit termasuk bagi pembelian dalam talian.

Difahamkan, DBP adalah sebatian yang diguna untuk meningkatkan ketahanan dan melenturkan produk plastik, yang dipercayai mampu memberi kesan sampingan kepada perkembangan saraf dan reproduktif di Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).

Pihak syarikat itu kini sedang menyiasat punca bagaimana produk itu terlepas daripada proses kawalan mutu yang ketat. 

Post a Comment

0 Comments