INI hari terakhir United Kingdom (UK) akan berada dalam Kesatuan Eropah (EU).
Mulai jam 11 malam ini, negara itu bakal meninggalkan EU apabila referendum Brexit (singkatan kepada British exit) dilaksanakan.
Namun menurut BBC News, UK akan melalui tempoh peralihan selama 11 bulan.
Sepanjang tempoh berkenaan, UK masih perlu mematuhi semua peraturan EU sebagaimana sebelum ini tetapi, beberapa perkara akan mengalami perubahan.
Brexit diusulkan oleh Perdana Menteri Theresa May ketika era pemerintahannya.
Keputusan keluar dari EU dijangka akan memberi membuatkan UK hilang keistimewaan ekonomi khususnya cukai rendah perdagangan ke pasaran besar Eropah.
Dari segi diplomatik pula, sebaik UK meninggalkan EU, Perdana Menteri, Boris Johnson perlu diundang secara rasmi sekiranya dia mahu menyertai pemimpin EU lain dalam sidang kemuncak EU.
Semua menteri Britain pula selepas ini tidak lagi perlu menghadiri sebarang mesyuarat yang diadakan di peringkat EU.
“Selepas ini juga kita semua akan mendengar UK lebih banyak bercakap mengenai perdagangan dengan negara di seluruh dunia khususnya berkaitan peraturan baharu yang dikenakan untuk pembelian dan penjualan produk serta perkhidmatan dari UK,” kata laporan itu.
Manakala rakyat Britain pula perlu menukar pasport berwarna biru seperti yang digunakan 30 tahun lalu, berbanding pasport berwarna merah gelap yang digunakan ketika ini.
Pasport dengan warna baharu itu akan ditukar secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan dan dijangka semua pasport baharu berwarna biru dikeluarkan menjelang pertengahan tahun ini.
Bagaimanapun pasport berwarna merah gelap itu masih boleh digunakan.
0 Comments