SEORANG bilal melecur teruk dibahagian muka, tangan, dan sebelah kiri tubuhnya akibat dibakarseorang lelaki bertopeng awal pagi tadi.
Dalam kejadian di Masjid Al-Hasanah, Taman Rakyat di Alor Setar itu, Amri Budin, 65, disimbah dengan minyak sebelum dibakar lelaki berkenaan.
Dalam kejadian sekitar jam 6 pagi itu, Amri seperti biasa datang ke masjid berkenaan untuk mengalunkan azan solat Subuh.
Suspek yang kemudian menyimbah minyak pada tubuhnya lalu menyalakan api.
"Seperti biasa ayah menunggang motosikal pergi ke masjid. Pagi tadi selepas sampai di masjid, ayah berjalan-jalan di luar masjid untuk melihat kain rentang mengenai satu kuliah agama.
"Tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang seorang individu memakai topeng muka datang ke arah ayah lalu menyimbah minyak dan menyalakan api ketika ayah sedang membaca maklumat pada kain rentang itu,"kata menantu mangsa, Jarina Awang, 44.
Kata Jarina, jemaah masjid yang menyedari kejadian itu segera membantu memadamkan api dan membuka baju bapa mertuanya sebelum salah seorang daripada mereka menghubungi seorang lagi anak mangsa, Shahrizal, 41.
Menurutnya, abang iparnya itu kemudian datang ke masjid tersebut bersama isterinya untuk membawa bapa mentuanya ke Hospital Sultanah Bahiyah, (HSB) di sini bagi mendapatkan rawatan.
Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini kira-kira jam 9 pagi tadi, berhubung kejadian menimpa bapanya itu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan suspek.
Pada Ogos tahun lalu, beberapa masjid di negeri itu cuba dibakar pihak tidak bertanggungjawab. kejadian turut berlaku waktu subuh.

0 Comments