Ketua hospital sementara koronavirus maut dijangkiti Covid-19


KETUA
hospital Wuchang, di Wuhan meninggal dunia akibat dijangkiti koronaviru (Covid-19), memetik laporan China Central Television (CCTV) pada Selasa, lapor agensi berita Sputnik

Berita kematian Liu Zhiming, yang mengetuai hospital sementara  dibina khusus untuk merawat pesakit didedahkan akhbar People Daily pada Isnin, walaupun media lain melaporkan beliau masih berjuang melawan penyakit.

Menurut CCTV, Liu, 51, meninggal dunia pada 10.30 pagi waktu tempatan (02:30 GMT) pada Selasa. Beliau  menjadi ketua pusat perubatan sementara pertama yang meninggal dunia akibat virus itu.

Terdapat dua buah hospital sementara - satu daripadanya Hospital Wuchang - dibina di Wuhan dalam waktu yang singkat untuk merawat pesakit dijangkiti virus maut itu.

Covid-19 pertama kali dikesan di Wuhan, di wilayah Hubei pada akhir Disember dan sejak itu virus menular ke lebih 20 negara. Angka korban di tanah besar China melebihi 1,800 orang dan jumlah kes disahkan sebanyak 72,400.

Pada awal bulan ini,  Dr Li Wenliang, 34, yang bertugas sebagai pakar mata di sebuah hospital di Wuhan turut meninggal dunia.

Dr Li merupakan pengamal perubatan terawal memberi amaran mengenai ancaman koronavirus.

Post a Comment

0 Comments