Peralihan kuasa: Majlis Presiden perlu muktamatkan


MUNGKIN sudah masanya isu peralihan kuasa Perdana Menteri dimuktamadkan agar rakyat malaysia tidak terus tertanya-tanya mengenainya.

Ketua Komunikasi Parti Keadilan rakyat (KEADILAN) Pahang,  Wan Fauzuldin Wan Samad  berkata, dengan situasi politik hari ini dimana rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan, Majis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu mengumumkan tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri seperti dipersetujui sebelum ini.

Wan Fauzuldin
"Pengumuman ini penting bagi mengelakkan kesenjangan (ketidakseimbangan) politik dan persepsi negatif terhadap kerajaan PH (Pakatan Harapan).

"Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberikan haknya seperti yang dijanjikan tanpa usaha daripada mana-mana pihak untuk melambat-lambatkan proses ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, usul tersebut akan dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebelum dikemukakan ke mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN

"Dalam masa sama ahli-ahli turut diingatkan tidak membuat kenyataan terbuka dengan tujuan membantah keputusan ditetapkan parti," katanya.

Isu peralihan kuasa Perdana Menteri dilihat semakin rumit dengan kenyataan tidak menentu dibuat Tun Dr Mahathir Mohammad.

Situasi itu diburukkan lagi dengan sikap beberapa pemimpin dalam HARAPAN sendiri yang seolah-olah mahu 'sabotaj' peralihan kuasa itu dengan kenyataan-kenyataan dibuat mereka.

Peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Dr Mahathir kepada  Anwar Ibrahim telah dipersetujui dan terkandung dalam perjanjian dimeterai pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada 7 Januari 2018.

Malah Dr Mahathir turut mengakui perkara itu dengan berkata, beliau tidak akan mungkir janji dibuatnya.

Post a Comment

0 Comments