Pemandu e-hailing maut bergaduh


SEORANG pemandu kenderaan e-hailing maut selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan.

Bernama dalam laporannya berkata, dalam kejadian di sebuah premis di Taman Berjaya, Kajang dekat sini, semalam mangsa berusia 30-an disahkan maut ditempat kejadian.

Sebelumnya kira-kira jam 3.30 petang, mangsa yang tidak dinamakan itu dikatakan ke premis itu untuk bertemu seorang pekerja sebelum berlaku pergaduhan antara mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa yang cedera parah itu pada jam 3.50 petang.

“Susulan kejadian itu, polis menahan enam individu berusia 23 hingga 64 tahun untuk membantu siasatan,” katanya.

sehubungan itu polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan Siti Sarah Aisyah Saad di talian 016-4064202.

Post a Comment

0 Comments