SELEPAS Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor mengesa supaya Naib Presiden parti itu, Zuraida Kamarudin dipecat, satu lagi sayap pemuda parti itu di peringkat negeri mengkritik Ahli Parlimen Ampang itu.
AMK Kelantan dalam satu kenyataan mengecam sikap Zuraida mengeluar kenyataan menghentam pemimpin parti sendiri dan menyifatkan bekas Ketua Wanita itu sebagai 'kacang lupakan kulit,".
Ketuanya, Muhd Hafiz Muhd Kasasi berkata, Zuraida tidak sepatutnya mengambil kesempatan menghentam pemimpin parti pada Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
"Ucapan itu menyebabkan anggota parti semakin tidak menghormati beliau sebagai seorang pemimpin.
"Berdasarkan apa yang berlaku, beliau tidak perlu tunggu untuk dipecat malah kalau sudah tidak sehaluan lagi beliau dengan sendirinya boleh meletak jawatan sama ada sebagai pemimpin parti atau menteri," katanya .
Sebagai rekod, Zuraida ketika berucap dalam Majlis itu dengan angkuh berkata, bahawa dirinya bersama Mohamed Azmin Ali sudah bersedia dipecat.
Sementara itu, Muhd Hafiz mengingatkan Zuraida bahawa rakyat sudah muak dengan sikap sesetengah pemimpin yang taksub berpolitik.
Tegasny, golongan muda di negara ini juga bijak menilai pemimpin yang bekerja untuk membantu rakyat.
"Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional PKR 2019 yang berlangsung di Melaka baru-baru ini telah pun menekankan pimpinan parti di pelbagai peringkat mengutamakan agenda rakyat demi kelangsungan bagi merapatkan pimpinan parti.
"Kami memohon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengambil tindakan segera untuk diadukan kepada pihak Lembaga Disiplin Parti demi kelangsungan parti," katanya lagi.
0 Comments