GESAAN dalam Perhimpunan Agung Umno agar hubungan parti itu dengan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diputuskan dilihat sebagai sandiwara.
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dipetik sesi siaran langsung di Facebook Jom Channel berkata, gesaan itu hanya bertujuan memberi tekanan kepada Muhyiddin Yassin supaya menurut dan bersetuju dengan apa yang ia mahukan Umno.
“Saya rasa ini semua mainan sandiwara, hanya untuk nak letak tekanan ke atas Muhyiddin untuk bersetuju dengan tuntutan Umno terhadap PN (Perikatan Nasional).
“Sebelum ini, kita dengar soal tuntutan jawatan timbalan perdana menteri, tuntutan dari kluster mahkamah, tidak dilayan, jadi mereka hanya nak buat bising nak takutkan lawan (Bersatu)," katanya.
Tambah Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, sekiranya Umno benar-benar serius mengakhiri kerjasama dengan Bersatu, sepatutnya mereka telah mula bertindak
"Hasil Perhimpunan Agung Umno, dari segi tindakan tak ada apa-apa. Tapi bila bercakap, riuh dan lebih riuh,” tambahnya lagi sambil mendakwa Umno tidak mahu memutuskan hubungan dengan parti dikepalai Muhyiddin itu kerana memikirkan kerugian di pihak mereka.
Dalam perhimpunan agung Umno di Kuala Lumpur minggu lalu, parti itu memutuskan untuk bergerak solo pada pilihan raya umum ke-15.
Mereka akan memutuskan hubungan dengan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, namun tidak dinyatakan dengan jelas bilakah keputusan itu akan dilaksanakan.
Ada gesaan dalam Umno supaya menteri dan timbalan menteri ahli Umno melepaskan jawatan mereka.
![]() |
Umno tiada tindakan serius, kata Khalid |
Namun semalam media melaporkan semua menteri dan timbalan menteri Umno yang berjumpa Muhyiddin pada 29 Mac lalu mengambil keputusan untuk kekal dalam kerajaan
0 Comments