ADUN Johor Jaya gesa adakan sidang DUN alternatif


SEORANG
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Harapan (HARAPAN) di Johor memohon agar kerajaan negeri mempertimbang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) alternatif.

ADUN Johor Jaya Liow Cai Tung yang dilapor Bernama berkata, sidang DUN alternatif itu bagi memberi platform kepada wakil rakyat membincangkan isu rakyat walaupun berada dalam darurat.

"Dengan ini (sidang DUN alternatif), ADUN-ADUN boleh menjalankan tugas semak dan imbang. Saya menyeru pihak kerajaan negeri supaya mempertimbangkan perkara ini," katanya kepada pemberita di Pasir Gudang.

Cai Tung sebelumnya menghantar satu surat permohonan kepada Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad mengenai cadangan itu.

Sebagai rekod, Sidang DUN Johor sepatutnya dijadual untuk diadakan awal bulan ini.

Tambah Cai Tung lagi, memandangkan kesemua 56 ADUN Johor telah menerima vaksin Covid-19, sidang DUN alternatif itu bukan mustahil, ia jelasnya boleh dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor Jimmy Puah Wee Tse turut bersetuju dengan cadangan itu.

"Saya rasa itu satu cadangan (sidang DUN alternatif) yang baik. Saya akan cadangkan untuk kita buat seperti Pulau Pinang baru-baru ini." katanya mengulas cadangan itu.


Minggu lalu, Kerajaan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat ADUN pertama di sebuah hotel di Komtar, ekoran darurat yang tidak membenarkan DUN bersidang seperti biasa.

Sesi libat urus EXCO dan ADUN selama dua hari itu dihadiri 35 daripada 40 ADUN, dengan tempat duduk diatur di dewan hotel mengikut susun letak di DUN.
 
Jabatan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan juga turut hadir.

Cai Tung cadang adakan sidang DUN alternatif
10 EXCO mempengerusikan mesyuarat itu, dan menerima soalan daripada para ADUN.

Sebanyak 129 soalan diserahkan sebelum acara. Setiap seorang EXCO bergilir menyampaikan ucapan selama 20 minit, diikuti sesi soal jawab selama 40 minit, sebelum ditamatkan dengan ringkasan perbincangan.

Post a Comment

0 Comments