Prinsip: Warganet kritik kenyataan Mahiaddin


PERDANA MENTERI
sementara, Mahiaddin Md Yassin diselar warganet susulan kenyataannya semalam yang mendakwa dia berpendirian tidak bersekongkol dengan kleptokrat.

Rata-rata warganet yang dipetik laporan Malaysia Dateline semalam berpendapat Mahiaddin yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mungkin lupa siapa yang bergandingan dengannya untuk berkuasa susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) tahun lalu.

“Mahiaddin sembang apa entah. Naik (Jadi kerajaan) pun sebab kleptokrat sokong, kan? Jatuh pun sebab merekalah,” bidas pengguna Twitter, @machaofkl.

Tidak kurang juga yang berkongsikan kembali gambar yang memperlihatkan pertemuan Mahiaddin dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

“Masa nak berkuasa boleh pula berlaga bahu,” tempelak Mohd Faizal.

Seorang lagi warganet yang dipetik laporan sama turut membidas Ahli Parlimen Pagoh itu yang dianggap cakap tidak serupa bikin.

“Kononya… berbual memang handal setakat cakap lain buat lain, tak payahlah,” kata pengguna Twitter, @mya54_my mengulas kenyataan Mahiaddin.

Mahiaddin dalam kenyataan sempena peletakan jawatan semalam mendakwa dia tidak akan mengorbankan prinsipanya demi mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan bersekongkol dengan kumpulan “kleptokrat” bagi menyelamatkan kedudukannya sebagai perdana menteri.

Sebagai rekod, Mahiaddin sebelumnya ditekan teruk untuk meletak jawatan setelah 15 Ahli Parlimen Umno yang ada dianggaranya digelar 'kluster mahkamah' menarik semula sokongan terhadap dirinya dengan alasan gagal mengurus pendemik dan negara dengan berkesan.

Mahiaddin yang awalnya menyatakan kesediaan agar keabsahanya diuji di Parlimen kemudian mengemuka tawaran secara kerjasama rentas parti dengan parti politik luar dari PN dengan menjanjikan imbuhan dengan syarat meluluskan undian percaya terhadapnya.

Imbuhan itu adalah dalam bentuk peruntukan sama rata antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dan tawaran saraan dan kemudahan bertaraf menteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun tawaran itu yang dianggap satu bentuk 'rasuah' ditolak mentah-mentah semua parti politik pembangkang termasuk Umno, Anwar sendiri menyifatkan tawaran itu sebagai satu bentuk penghinaan terhadap dirinya.

Untuk rekod, kleptokrat yang sering dikaitkan dengan Umno merujuk kepada pemimpin korup dan menggunakan kuasa untuk memperalat rakyat dan sumber negara demi menambahkan kekayaan dan tampuk kekuasaan mereka sendiri.

Manakala kerajaan Mahiaddin sebelum ini dipersoal setelah dilihat mengamalkan  “scheme of thing" apabila melantik penyokongnya ke jawatan kabinet dan syarikat milik kerajaan (GLC).

Mahiaddin dikritik susulan kenyataanya
Menjelang peletakan jawatannya, beberapa Ahli Parlimen dari KEADILAN dan DAP mendakwa dihubungi individu tak dikenali yang menawarkan kedudukan dalam kerajaan dan habuan lain jika bersetuju  mengkhianati parti dengan mengalihkan sokongan kepada Mahiaddin yang ketika itu memerlukan sokongan bagi mengekalkan jawatan dan kerajaannya.

Post a Comment

0 Comments