SEMUA ketua parti politik hari ini bersepakat menghentikan “politik lama”, kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang menemui media di Istana Negara turut berkata, bahawa kesemua mereka yang dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk“menggagas suatu bentuk politik baharu” bagi mencari jalan keluar dalam menghadapi Covid-19.
“Semua nampak ada konsensus hentikan politik lama dengan cara hukum dan harus jurus semula ke arah membangun. Bukan hanya isu melantik perdana menteri baru.
"Lebih penting lagi seperti yang ditegaskan oleh Yang di Pertuan Agong dan Wakil Agong, adalah mewujudkan bentuk politik baru yang lebih aman dan harmoni," katanya.
Turut bersama menemui media adalah Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Selain mereka bertiga, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man turut hadir menghadap Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pemangkunya, Sultan Nazrin Shah selama dua jam.
Pertemuan itu berkaitan usaha melantik seorang perdana menteri baharu bagi menggantikan Mahiaddin Md Yassin yang meletak jawatan susulan hilang sokongan dari Ahli Dewan rakyat.
Sementara itu Anwar turut menjelaskan bahawa dalam sesi menghadap itu Seri Paduka Baginda mengingatkan semua ketua parti politik bahawa negara dalam krisis kesihatan, politik dan ekonomi, serta mahu semua pihak bermuafakat menanganinya.
“Maknanya yang menang jangan jadi seperti yang pernah berlaku, iaitu ‘memakan orang yang kalah’,” katanya kepada pemberita.
![]() |
Politik menindas akan dihapuskan |
Rakyat sebelum ini menyatakan rasa kecewa dan jemu dengan sikap pemimpin politik yang bercakaran dan memeintingkan kepentingan diri sendiri sehingga rakyat merasakan mereka terabai dan dipinggirkan.
0 Comments