Anwar pilihan, ada nilai pemimpin diperlukan negara - Penganalisis terkenal


PENGANALISIS
politik terkenal, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri berikutnya jika diminta memilih.  

Perkara itu dikongsikan Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilaman Facebooknya ketika beberapa nama termasuk Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu disebut-sebut sebagai calon bagi menggantikan Mahiaddin Md Yassin.

Katanya, bukan memberi peluang kepada Anwar kerana setelah lama berjuang tetapi Ahli Parlimen Port Dickson itu mengangkat nilai dan falsafah demokrasi yang diperlukan iaitu kebenaran, keadilan, kesejahteraan dan kemanusiaan.

“Jika diminta memilih satu dari empat nama, siapa PM pilihan saya? Saya memilih Dato Seri Anwar Ibrahim,” kata beliau.

Tiga individu lain disebut-sebut menggantikan Mahiaddin adalah bekas menteri kabinet Perikatan Nasional (PN) Ismail Sabri Yaakob; Presiden parti Warisan,Shafie Apdal dan pemimpin vateran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sementara itu tambah Mohammad Agus, dalam krisis Covid hari ini katanya negara perlukan seorang pemimpin yang mempunyai daya tahan, keazaman, idea dan dasar-dasar baharu, keyakinan, jaringan antarabangsa, pendedahan, dan visi yang sesuai dengan tuntutan semasa.

“Kes hari ini 20,000 sehari, jumlah kematian sudah 12,500 orang dan ekonomi negara merudum, pasaran saham rendah, nilai mata wang jatuh, barangan mahal, pengangguran meningkat, dan kehidupan rakyat susah.

Muhammad Agus yakin dengan kebolehan Anwar
“Bertuahnya negara ini jika keempat-empat pemimpin ini bersama dalam satu barisan kabinet untuk tempoh berbaki dua tahun lagi sebelum PRU-15,” kata beliau.

Rakyat kini sedang menanti kemunculan perdana menteri yang baru diatas kuasa budi bicara YDPA selepas Mahiaddin meletakkan jawatan kerana sudah tidak ada majoriti.

Post a Comment

0 Comments