Anak penyanyi Nora meninggal dunia


ANAK lelaki kepada penyanyi terkenal, Nora Ariffin dilapor meninggal dunia.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu mengumumkan berita sedih kehilangan anak keduanya,Aliff Johan, itu di laman Instagram peribadinya sebentar tadi.

"Allah uji saya lagi, anak saya Aliff Johan baru sahaja hembuskan nafas terakhir pada pagi tadi di rumah saya, akan dikebumikan secepat mungkin," kata Nora dalam nada sedih.

Dua tahun lalu, suami kepada Nora, yang juga merupakan komposer terkenal, Johan Nawawi meninggal dunia kerana masalah jantung.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada maklumat berhubung kematian Aliff.

Sebagai rekod, Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, pernah menyertai sebuah pertandingan realiti anjuran sebuah stesen televisyen baru-baru ini.
 

Post a Comment

0 Comments