TUNJUK perasaan di India dilapor semakin memuncak susulan keputusan kerajaan negara itu meluluskan Pindaan Rang Undang-Undang Kewarganegaraan (CAB) berasaskan agama.
Bernama dalam laporanya berkata, ramai pelajar universiti Jamia Millia Islamia (JMI) cedera selepas polis membelasah mereka dengan belantan dan melepaskan gas pemedih mata dalam tunjuk perasaan tersebut.
"Bantahan dianjurkan persatuan pensyarah universiti. Kami menyertainya dan ketika mahu ke parlimen bagi membantah undang-undang diskriminasi ini, polis membelasah pelajar.
"Pada satu ketika polis melepaskan gas pemedih mata setiap minit," kata mahasiswa pasca siswazah, Hamid Khan.
Kira-kira 100 pelajar cedera dengan 15 daripada mereka parah dan sekurang-kurangnya 42 lagi ditahan polis New Delhi, kata Ketua Proktor Universiti itu Waseem Ahmad Khan kepada portal itu.
Lebih 12 bas dibakar dengan sekurang-kurangnya enam stesen keretapi dirosakkan.
Pelajar meneruskan bantahan mereka sehingga malam tanpa menghiraukan kehadiran ramai polis yang mengawal ketat di sekitar kampus.
Beberapa cubaan mereka untuk berarak keluar kampus bagaimanapun digagalkan polis.
Rang Undang-Undang itu bertujuan memberikan kewarganegaan kepada pelarian bukan Islam dari Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan jika mereka didapati melarikan diri daripada penganiayaan agama serta tiba di India sebelum 2015.
Ia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat yang dikenali sebagai Lok Sabha pada Isnin manakala Dewan Negara atau Rajya Sabha meluluskannya pada Rabu.
Pengkritik menyifatkan rang undang-undang berkenaan sebagai pilih kasih terhadap mereka yang beragama Islam serta sebagai langkah awal terhadap pelan kerajaan nasionalis Hindu melaksanakan Pendaftaran Kewarganegaraan Kebangsaan (NRC) yang mensyaratkan rakyat membuktikan kewarganegaraan mereka.
Sesetengah ahli politik India membandingkan CAB dan NRC dengan undang-undang rasis era Nazi Jerman serta undang-undang kewarganegaraan Israel.
Bantahan turut dilapor diadakan di beberapa kawasan lain di India antaranya di negeri Uttar Pradesh, 135 kilometer dari Delhi.

0 Comments