Speaker minta maaf lepas Anwar lontar satu soalan

SEORANG Ahli Parlimen pembangkang menempelak kenyataan bekas perdana menteri, Najib Razak yang dilapor berkata bahawa dia  akan memberi penjelasan berhubung hutang 1MDB tidak dibayar menggunakan wang pembayar cukai, selepas PRN Johor pada 12 Mac ini.

RSN Rayer (HARAPAN-Jelutong) berkata, Najib perlu memberi penjelasan berhubung hutang 1MDB kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sekarang, bukannya menunggu sehingga pilihan raya negeri (PRN) Johor berakhir

“Ia mungkin sudah terlambat (untuk Najib memberi penjelasan selepas PRN Johor),” katanya.

Najib sebelum ini didakwa telah mengelirukan Dewan Rakyat berhubung isu hutang 1MDB pada minggu lalu.

Susulan itu Tony Pua (HARAPAN-Damansara) mengemukakan usul supaya merujuk Najib ke Jawatankuasa tersebut.

“Saya tidak akan membenarkan Pekan memperbodohkan Dewan yang mulia ini dan terus berbohong. Saya akan mendesak tindakan diambil terhadap Pekan, sekiranya beliau enggan memberi sebarang penjelasan.” tegas Rayer ketika meminta maklum balas daripada Speaker Azhar Harun berhubung usul dikemuka Tony Pua.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun hari ini memberitahu Dewan dengan menjelaskan bahawa Najib meminta lanjutan masa hingga Rabu depan, namun beliau memberikan masa sehingga Selasa.

Azhar mohon maaf lepas ditegur Anwar
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyatakan bahawa bukan sahaja keputusan Azhar mencipta duluan berbahaya dengan seolah-olah memberi gambaran bahawa politik diutamakan berbanding hal-hal Parlimen, ia juga seolah-olah memperkecilkan status Parlimen.

“Maknanya esok siapa pun boleh. (Jika) saya ada mesyuarat cabang Keadilan Port Dickson, boleh Speaker terima alasan itu?” soal Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Susulan itu Azhar memohon maaf kerana tidak mempertimbangkan akibat memberi Najib lebih masa untuk menjelaskan kenyataannya mengenai 1MDB yang menimbulkan kontroversi minggu lepas.



Post a Comment

0 Comments