RAKYAT Johor marah kepada UMNO-Barisan Nasional (BN) atas tindakan parti itu menggesa pengundian mengejut di negeri itu di tengah-tengah pandemik Covid-19
Ketua Wanita KEADILAN Johor, Napsiah Khamis berkata beliau percaya pengundi akan menunjukkan kemarahan mereka kepada UMNO-BN pada pilihan raya yang akan diadakan Sabtu ini.
"Mereka tidak meminta pilihan raya.Kerajaan telah memaksa mereka untuk mengundi di tengah-tengah pandemik. Jelas sekali, mereka marah.”katanya dipetik laporan FMT.
Mengulas lanjut, Napsiah yang bakal bertanding di Kempas menegaskan, walaupun UMNO-BN menggunakan slogan "Kestabilan untuk Masa Hadapan" sebagai tema mereka sempena PRN itu, namun rakyat menyedari isu kestabilan berpunca dari kerajaan semasa dan rakyat sudah muak dengan situasi itu.
“Saya percaya pengundi di Johor cukup bijak untuk mengetahui perkara ini. Mereka sudah bosan dengan ketidakstabilan politik,” katanya lagi.
Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan pada 22 Jan selepas spekulasi berminggu-minggu, membuka laluan kepada pilihan raya negeri keempat sejak PRU14, selepas Sabah, Melaka dan Sarawak.
Pemimpin Bersatu dan PAS yang duduk dalam kerajaan sekali dengan BN dalam kerajaan Persekutuan mengecam pembubaran itu dengan berkata keputusan itu dibuat secara unilateral oleh BN.
Menteri Besar sementara, Datuk Hasni Mohammad memberi alasan kononnya, dengan adanya PRN itu dapat mewujudkan sebuah kerajaan stabil yang akhirnya akan membawa kepada pembangunan negeri.
Susulan keputusan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menempelak UMNO-BN dengan menyifatkan mereka terlalu sombong dan mementingkan diri sendiri.
PRN ketika pendemik tindakan sukar diterima |
“Kos PRN Johor ini bagilah pada orang susah yang menganggur, subsidi minyak... tapi mereka ini tak pakai otak... ini masalahnya sombong sangat," katanya ketika berucap di Bilik Gerakan Utama KEADILAN di bandar Mersing baru-baru ini.
0 Comments