PATRIOT kecam veteran hadir sokong program Najib

 


KEHADIRAN beberapa veteran komando yang memakai beret hijau bagi menyokong bekas perdana menteri Najib Razak semasa kempen pilihan raya Johor di Simpang Renggam, Ahad lalu dikecam Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot).

Presiden kumpulan veteran tentera, Mohamed Arshad Raji menyifatkan tindakan veteran itu sebagai memalukan apatah lagi Najib sebelum ini didapati bersalah oleh Mahkamah kerana kesalahan penyelewengan dana milik SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB.

“Tidak ada yang lebih memalukan dan dan mematahkan semangat, (daripada) untuk melihat komando veteran dari pasukan khas elit negara berhimpun bersama seorang penjenayah yang telah didapati bersalah dan dilabelkan sebagai 'memalukan negara’ oleh pelbagai laporan media (dalam dan luar negara)," katanya.

Najib pada 28 Julai dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi.

Pada 7 Dis tahun lalu mengekalkan keputusan mahkamah tinggi itu. Mahkamah juga menolak dakwaan Najib bahawa dia telah bertindak atas "kepentingan negara", sebaliknya memanggilnya sebagai "sesuatu yang memalukan negara".

Sementara itu tegas Arshad, sebagai seorang veteran pasukan keselamatan negara elit yang terlatih dan berdisiplin tinggi untuk mempertahankan negara, veteran komando sepatutnya mesti memegang teguh kepada prinsip tersebut.

"Patriot tidak mempunyai isu jika kumpulan veteran menyertai kempen politik kerana kita adalah negara demokrasi.

Tindakan sokong Najib dianggap memalukan
“Malah, walaupun kita mungkin pesara tentera atau bekas tentera, kita boleh dan mesti memainkan peranan yang membina sebagai rakyat yang bertanggungjawab dalam membentuk masa depan politik negara yang lebih baik dan kestabilannya.

"Tetapi untuk dilihat berpakaian yang boleh dikaitkan dengan Angkatan Tentera di litar kempen politik sebegitu - dan lebih-lebih lagi apabila bersama individu yang telah disabitkan kesalahan di mahkamah bukan sahaja tidak wajar dan tidak menyenangkan tetapi secara kritikal melanggar jawatan dan status terhormat Angkatan Tentera," katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Post a Comment

0 Comments