Isu kemiskinan terus jadi agenda utama Anwar


KERAJAAN Persekutuan digesa agar segera mencari jalan menyelesaikan isu kos sara hidup.

PENGERUSI Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan edisi ke-21 Pemantau Ekonomi Malaysia “Making Ends Meet” yang diumumkan Bank Dunia pada 9 Dis lalu perlu perhatian segera.

Pada 23 Ogos lalu, Pelapor Khas PBB Berhubung Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia, Philip Alston dilaporkan berkata, dakwaan Malaysia yang kemiskinan sudah dibasmi atau dalam jumlah kecil di kawasan luar bandar tidak menggambarkan keadaan sebenar dan mengecualikan penduduk mudah terjejas daripada statistik rasmi.

Malaysia berdepan ekonomi global suram dengan harga rumah “parah” dan “membimbangkan” di banyak wilayah negara ini.

“Semua isu yang disentuh laporan tersebut mampu ditangani dengan dasar-dasar ekonomi HARAPAN, jika diberi fokus dan iltizam jitu untuk menanganinya kerana ia ternyata memberi kesan kepada ramai warga, terutamanya golongan B40.

“Saya yakin keadaan lebih suram di kawasan desa seperti di Kelantan, Kedah dan Terengganu, serta di pedalaman Sabah dan Sarawak.” kata Anwar.

Presiden KEADILAN itu turut mencadangkan agar lebih banyak pekerjaan bergaji munasabah serta program kebajikan untuk golongan miskin seperti dicadangkan dalam laporan Bank Dunia baru-baru ini dilaksanakan.

Post a Comment

0 Comments