SATU notis henti kerja telah dikeluarkan Dewan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada sebuah pemaju sebuah projek pembinaan yang terbabit insiden kren tumbang semalam.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, arahan itu berkuat kuasa serta- merta mengikut Seksyen 70B(5)(a) Akta Jalan Parit Bangunan 1975.
Menurutnya, pemaju dan kontraktor sebuah projek perumahan di Bandar Baru Sentul itu didapati gagal menjaga keselamatan ketika menjalankan kerja-kerja pembinaan sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda dan kecederaan.
Susulan itu jelasnya, pihak berkaitan diminta menyediakan laporan insiden itu dan punca kegagalan menjaga keselamatan.
"Sambungan kerja hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran memulakan kerja dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)," katanya.
Semalam warganet dikejutkan dengan insiden kren tumbang, insiden sebelh petang itu telah menyebabkan empat termasuk seorang bayi lelaki cedera.
BACA: 4 cedera kren tumbang di Sentul
Beberapa buah rumah dan kenderaan turut mengalami kerosakan serta menyebabkan jalan ditutup sehingga lewat malam untuk kerja-kerja pengalihan dan pembersihan kawasan.

0 Comments