KETUA PEMBANGKANG, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kegopohan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) Melaka telah menyebabkan SOP berkempen jadi tidak tentu arah.
Bercakap selepas merasmikan “Program Townhall Undi18: Wacana Pemicuan Undi18 Negeri Selangor”, Presiden KEADILAN itu turut menegaskan bahawa Yang Dipertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam harus bertanggungjawab kerana tidak meneliti cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membawa kepada pilihan raya yang menyusahkan rakyatnya.
“Kerajaan (negeri) Umno telah nasihatkan TYT (Yang Dipertua Negeri) dan TYT tidak teliti perkara itu dan sekarang kita tengok kesannya, SOP yang tidak tentu arah," tegasnya.
Anwar sebelumnya mengulas dakwaan selepas seorang sukarelawan Pakatan Harapan (PH) dikompaun RM4,000 kerana menyertai “walkabout” di Alor Gajah.
“Apa kaitan lambang dengan kesihatan? Adakah dengan memakai lambang menjejaskan kesihatan. Ini kerana tindakan tergopoh-gapah kerajaan Umno Melaka dan TYT sendiri yang sebabkan orang Melaka hadapi masalah.” tambahnya.
Anwar turut gesa Ali Rustam bertanggungjawab |
Bagaimanapun, SOP itu membenarkan calon mengedarkan risalah, selain menggunakan kenderaan bergerak seperti lori dan van yang diubah suai dengan pembesar suara untuk berkempen.
SOP ketat itu kemudian dikritik ramai kerana dilihat menyukarkan calon-calon yang bertanding.
0 Comments