SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) digesa mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) kempen bagi membolehkan ia dilakukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Gesaan itu dikemuka bekas bekas timbalan pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar seperti dilapor portal malaysiakini.
Menurut Wan Ahmad, kempen ketika pilihan raya adalah perkara yang sesuai dengan tuntutan demokrasi.
Tambahnya, walaupun sedar sedar SOP ketat dikenakan ketika ini adalah atas saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), namun jika kedai makan dan pasar raya boleh dibuka kepada orang ramai, sepatutnya kempen tegasnya juga perlu dibenarkan dengan pemantauan yang ketat.
"Kempen sebahagian daripada demokrasi pilihan raya, kalau banding orang pergi pasar raya, pergi kedai kopi lepak, pelik pula dibenarkan.
"Walhal kalau dibenarkan ceramah, saya kira boleh, tapi perlu ada akujanji supaya patuhi SOP yang ditetapkan.
"Perlu ada ruang berkempen secara fizikal, calon perlu diberi peluang bertemu pengundi untuk memperkenalkan diri dan mengatakan tawarannya kepada pengundi," katanya dipetik.
SOP ketat yang diperkenalkan dibidas banyak pihak terutama dari parti bertanding.
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dalam satu sidang media berkata SOP untuk PRN ini sebagai amat melampau dan seakan-akan mengikat pihak yang terlibat.
"Lebih baik kita tak payah ada pilihan raya. (Walkabout) dari rumah ke rumah tak boleh, itu tak boleh, semua tak boleh.
"Lebih baik kita main bertepuk bertampar kat rumah saja," katanya.
Selain SOP itu dilihat mengekang proses demokrasi, ia juga didakwa telah menyebabkan berlaku penguatkuasaan tidak adil seperti didakwa Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil.
Fahmi memberi contoh apa yang berlaku di cabang KEADILAN Paya Rumput yang menyaksikan ia dikunjungi tiga kali oleh polis dalam satu hari atas dakwaan melanggar SOP.
"Setiap kali kunjungan dibuat, dokumen aktivis parti itu diperiksa.Kaji semula SOP PRN melaka sesuai demokrasi
“Persoalan lain bagi pihak berkuasa ialah sama ada mereka cuba membendung virus atau demokrasi,” tambah Fahmi.
Semalam, polis Melaka dilapor mengeluarkan kompaun kepada calon HARAPAN kerana didakwa menyertai 'walkabout' dengan mengunjungi sebuah warung sambil berpakaian yang tertera logo parti.
0 Comments