SEORANG sumber dari KEADILAN menafikan Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadi dalang dalam usaha menjatuhkan kerajaan negeri Melaka diterajui Sulaiman Md Ali.
Dipetik laporan Malaysiakini, sumber itu berkata "Langkah Melaka" yang bertujuan menjatuhkan Ketua Menteri dari Umno itu sebagai konflik dalaman antara Adun kerajaan di negeri itu.
"Pertama, saya ingin menegaskan bahawa "Langkah Melaka" ini bukan satu usaha HARAPAN pusat mahupun pimpinan negeri. Malah, HARAPAN di Melaka tidak pernah bertindak menumbangkan kerajaan negeri sejak ditumbangkan di Melaka.
"Ini adalah isu domestik antara Adun kerajaan negeri yang tidak puas hati dengan ketua menteri.
“Pergolakkan dalaman ini sudah berbangkit sekurang-kurangnya dua minggu yang lalu. Sekurang-kurangnya, empat Adun kerajaan negeri tidak sehaluan dengan pimpinan negeri," kata dipetik laporan tersebut.
Media melaporkan spekulasi bertiup kencang mengatakan bahawa kerajaan negeri baru atau kerajaan perpaduan baru akan dibentuk di Melaka.
Pemimpin tertinggi HARAPAN juga dilapor telah mengadakan perbincangan dengan ADUN mereka di negeri itu berhubung perkembangan berkenaan, namun menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke yang serta dalam perbincangan itu memaklumkan tiada keputusan telah dibuat berhubung situasi di negeri berkenaan.
![]() |
Apa bakal berlaku di Melaka |
Sumber itu berkata pengumuman rasmi dijadualkan semula pada minggu depan atau minggu selepas itu.
0 Comments