KERAJAAN negeri Melaka pimpinan Sulaiman Md. Ali dispekulasikan bakal tumbang apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan Bersatu didakwa akan menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).
Beberapa portal media dalam laporan semalam berkata, beberapa parti kerajaan di negeri itu memberi tawaran untuk penubuhan sebuah kerajaan baharu kepada pembangkang.
FMT dalam laporan yang memetik seorang sumber yang rapat dengan perkara itu berkata, sebab mereka menawarkan pembangkang mengambil alih semula kerajaan adalah susulan Umno dan Bersatu tidak berminat untuk bekerjasama dengan satu sama lain.
Bekas ketua menteri Melaka dan Adun Sungai Udang, Idris Haron dinamakan antara yang menyokong kerjasama dengan pembangkang.
Pemimpin lain yang disebut dalam laporan itu termasuk Adun Pantai Kundor Nor Azman Hassan, Adun Telatu Mas dari Bersatu, Noor Effendi Ahmad dan Adun bebas, Norhizam Hassan Baktee.
Idris kemudiannya dipetik sebagai menafikan bahawa parti kerajaan di Melaka akan bekerjasama dengan pembangkang.
Sementara itu, sumber turut memberitahu perbincangan kearah pertukaran kerajaan itu sebenarnya telah berlangsung ketika ketegangan antara Umno dan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mencapai kemuncak kira-kira dua bulan lalu.
Malah keempat-empat Adun berkenaan difahamkan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) dan pengumuman mengenai perkara itu sepatutnya dibuat minggu ini namun ia ditangguhkan.
“Sekarang mereka jangka untuk buat pengumuman rasmi pada minggu depan atau minggu selepas itu,” katanya.
“Empat ADUN itu juga sedang menunggu untuk menghadap Yang Dipertua Negeri, Ali Rustam.” kata sumber tidak dinamakan itu lagi.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh dipetik laporans ama mengakui mendengar khabar angin mengenai kerajaan Melaka diterajui parti itu bakal tumbang, namun tidak dapat mengesahkan dakwaan empat ADUN akan menyokong HARAPAN.
Manakala akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily melaporkan bahawa Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengesahkan mengenai perbincangan yang diadakan antara pemimpin HARAPAN dan Adun dari gabungan mereka di pejabat Anwar di Petaling Jaya pada Khamis.
"Mesyuarat yang diadakan hanya untuk membincangkan pendapat dan perkembangan terkini di Melaka. Tidak ada keputusan yang dibuat," katanya.
Beberapa portal media dalam laporan semalam berkata, beberapa parti kerajaan di negeri itu memberi tawaran untuk penubuhan sebuah kerajaan baharu kepada pembangkang.
FMT dalam laporan yang memetik seorang sumber yang rapat dengan perkara itu berkata, sebab mereka menawarkan pembangkang mengambil alih semula kerajaan adalah susulan Umno dan Bersatu tidak berminat untuk bekerjasama dengan satu sama lain.
Bekas ketua menteri Melaka dan Adun Sungai Udang, Idris Haron dinamakan antara yang menyokong kerjasama dengan pembangkang.
Pemimpin lain yang disebut dalam laporan itu termasuk Adun Pantai Kundor Nor Azman Hassan, Adun Telatu Mas dari Bersatu, Noor Effendi Ahmad dan Adun bebas, Norhizam Hassan Baktee.
Idris kemudiannya dipetik sebagai menafikan bahawa parti kerajaan di Melaka akan bekerjasama dengan pembangkang.
Sementara itu, sumber turut memberitahu perbincangan kearah pertukaran kerajaan itu sebenarnya telah berlangsung ketika ketegangan antara Umno dan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mencapai kemuncak kira-kira dua bulan lalu.
Malah keempat-empat Adun berkenaan difahamkan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) dan pengumuman mengenai perkara itu sepatutnya dibuat minggu ini namun ia ditangguhkan.
“Sekarang mereka jangka untuk buat pengumuman rasmi pada minggu depan atau minggu selepas itu,” katanya.
“Empat ADUN itu juga sedang menunggu untuk menghadap Yang Dipertua Negeri, Ali Rustam.” kata sumber tidak dinamakan itu lagi.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh dipetik laporans ama mengakui mendengar khabar angin mengenai kerajaan Melaka diterajui parti itu bakal tumbang, namun tidak dapat mengesahkan dakwaan empat ADUN akan menyokong HARAPAN.
![]() |
Apakah Melaka bakal tukar kerajaan? |

0 Comments