SPEAKER Dewan Rakyat, Azhar Harun didakwa telah terkhilaf membuat keputusan menolak gesaan supaya isu banjir besar dibahasakan di Dewan Rakyat, kata peguam Haniff Khatri Abdulla.
Haniff berkata begitu sebagai mengulas tindakan Azhar yang memetik peraturan 18 Mesyuarat bagi menyokong keputusannya, yang menetapkan bahawa ahli parlimen perlu memberi notis bertulis sekurang-kurangnya 24 jam sebelum membawa usul tergempar untuk dibahaskan.
Kata peguam itu, memandangkan perkara itu adalah isu terdesak, Speaker mempunyai budi bicara di bawah Peraturan 100 Mesyuarat Dewan Rakyat untuk mengetepikan keperluan notis 24 jam.
Lebih-lebih lagi katanya, satu-satunya perkara dalam agenda parlimen pada hari itu untuk bacaan kali kedua iaitu cadangan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) – telah ditangguhkan kira-kira pukul 11.30 pagi pada hari berkenaan.
“Masih berbaki sesi pagi dan keseluruhan sesi petang pada persidangan 20 Dis, memberikan masa hampir empat jam untuk membolehkan isu banjir besar dibahaskan, tanpa mengganggu mana-mana agenda mesyuarat Dewan Rakyat yang sudah pun diselesaikan,” kata Haniff dalam kenyataan.
Peraturan 100 Mesyuarat Dewan Rakyat berbunyi: Semua perkara yang tidak disyaratkan terang-terang dalam Peraturan-peraturan ini dan semua perkara berkenaan dengan menjalankan Peraturan- peraturan ini pada perkara satu persatunya, hendaklah diaturkan menurut cara yang tidak berlawanan dengan Peraturan-peraturan ini, sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuan Yang di-Pertua dari satu masa ke satu masa.
Azhar dikritik susulan keputusannya enggan membenarkan isu banjir dan usaha menyelamat serta bantuan yang sedang dijalankan dibahaskan.
Dipetik laporan media, Azhar berkata, perkara mengenai banjir tidak boleh dibahaskan kerana tidak terkandung dalam aturan urusan mesyuarat (AUM) sidang Dewan Rakyat.
“Maaflah. Kalau hendak penerangan menteri itu, selalunya itu terserah kepada menteri untuk membuat penerangan dengan memberi notis kepada saya bahawa mereka akan membuat penerangan di bawah peruntukan 14(1)(i) AUM," katanya.
Haniff dakwa Azhar terkhilaf |
Hanipa turut mengingatkan Azhar kepada pepatah Melayu berbunyi ‘hendak seribu daya, tak nak seribu dalih’
“Jika nak benaq bahas ada seribu alasan jika tak mahu benaq bahas pula ada seribu dalih. Pick and choose!” kata Hanipa dipetik laporan Dateline.
0 Comments