Bangkok, Hanoi digegar gempa



SEMPADAN Thailand dan Loas digoncang gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter awal pagi tadi.

Menurut Pusat kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berlaku sekitar jam 6.50 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer (km) kira-kira 92 km di timur laut Muang Nan.

Gegaran gempa itu bukan sahaja dirasai di bahagian utara Thailand, tetapi ia juga dilapor dirasai penduduk di Bangkok yang terletak lebih 600 km ke selatan.

Pegawai di Jabatan Meteorologi Thailand, Sophon Chaila berkata, gegeran dirasakan itu merupakan kejutan utama gempa, tiada sebarang kematian atau kecederaan jelasnya dilaporkan.

Agensi itu berkata, gempa menjejaskan sembilan wilayah di Thailand dan terdapat sekurang-kurangnya empat gegaran susulan.

Selain Thailand, penduduk yang tinggal di bangunan tinggi ibu negara Vietnam, Hanoi turut merasakan kediaman mereka bergoyang.

Post a Comment

0 Comments