RAKYAT negara ini digesa tidak mempolitikkan atau mengeksploitasi keputusan inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim demi kepentingan politik.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menegaskan, pesalah dalam kes tersebut wajar menerima hukuman namun ia tidak ajar ditujukan kepada kaum tertentu.
"Kalau salah salahlah, bukan sebab kaum kerana kita semua adalah rakyat Malaysia. Tetapi kita hendak keadilan untuk Adib.
"Kerana sesiapa rakyat Malaysia bersalah perlu dikenakan tindakan. Jangan ini sebagai jenayah perkauman,
"Ini adalah kes jenayah tidak kira dia Melayu, Cina atau India," katanya dalam sidang akhbar.
Tambah Wan Azizah, pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Koroner siang tadi dan beliau turut difahamkan pihak polis akan membuka siasatan dan mengambil tindakan mengenai keputusan siang tadi.
BACA: Adib diherat dan dipukul dalam rusuhan
Siang tadi, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian adalah akibat dipukul oleh sekumpulan lelaki.
Perkara itu diumumkan oleh Koroner Rofiah Mohamad dan mahkamah juga menyarankan agar Ketua Polis Negara serta Jabatan Peguam Negara membuat siasatan lanjut yang difikirkan perlu.
0 Comments