Kanak-kanak 4 tahun rentung dalam kebakaran




SEORANG
kanak-kanak lelaki berusia empat tahun rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paku, Gual Ipoh dekat Tanah Merah pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi tadi itu, mangsa yang juga merupakan  orang kurang upaya (OKU) ditemui rentung oleh anggota bomba yang bertugas memadam kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Rafain Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 11.46 pagi.

12 anggota dikejarkan ke tempat kejadiaan
Dua buah jentera dari Balai Tanah Merah dan Machang digerakkan ke lokasi kejadian bersama 12 anggota termasuk pegawai.

Katanya, sebaik saja tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati api sedang marak membakar kediaman diperbuat daripada kayu dan batu.

“Rumah berkenaan terbakar 80 peratus dan api dapat dikawal pada jam 12.30 tengah hari tadi," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, jenazah kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Setakat ini jelas Mohd Rafain, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Post a Comment

0 Comments