Warga Myanmar maut kepala tersepit mesin


SEORANG warga Myanmar maut selepas terjatuh dalam mesin di sebuah kilang dekat Taman Perindustrian Senai.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun yang juga merupakan operator  memproses bahan plastik itu disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Awang dipetik laporan Sinar berkata, seramai tujuh anggota dengan bantuan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Bomba mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan mangsa
"Mangsa ditemui dalam  mesin memproses di kilang berkenaan dipercayai terjatuh,” katanya.

Tambah Mohd Fauzi, bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam mesin berkenaan.

“Kepala mangsa tersepit pada bilah mesin, bomba terpaksa membuka mesin itu untuk mengeluarkannya,” katanya lagi.

Difahamkan insiden itu berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan mesin.

Mayat mangsa kemudiannya difahamkan diserahkan kepada pihak Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) untuk tindakan lanjut.

Post a Comment

0 Comments