550 ribu pesalah di Jepun dapat pengampunan diraja


KERAJAAN
Jepun mengumumkan pengampunan kepada kira-kira 550 ribu pesalah dinegara itu sempena istiadat pemasyhuran Maharaja Naruhito.

Agensi berita Sputnik memetik media tempatan melaporkan, pengampunan itu akan diberikan hanya kepada mereka yang didapati bersalah melakukan jenayah kecil dan menamatkan tempoh penjara atau mambayar denda, menurut NHK.

Pengampunan itu yang bertujuan menggalakan reintegrasi sosial atau penyesuaian kembali pesalah kedalam kehidupan bermasyarakat turut melibatkan lebih 1,000 pesalah yang dijatuhi hukuman penjara dalam tempoh yang lama yang diampunkan kerana menghidap penyakit serius.

Naruhito, 59 dilantik sebagai penganti ayahnya, Maharaja Jepun, Akihito, 85, yang secara rasmi akan menuruni takhta atas faktor usia dan kesihatan.

Istiadat khas pemasyhuran itu yang dijadual pada 22 Oktober bagaimanapun ditangguhkan pada 10 November berikutan taufan Hagibis yang meragut sekurang-kurangnya 77 nyawa.

Post a Comment

0 Comments