KEPUTUSAN pembangkang untuk tidak mengusulkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri setelah memainkan naratif kerajaan bakal ditumbangkan telah menjadikan mereka umpama 'langau politik'
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan pembangkang perlu menunjukkan keberanian mereka mencabar keabsahan sokongan dimiliki Anwar setelah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sendiri mencabar usul itu dikemukakan.
“Datuk Seri Anwar dengan berani dan secara terbuka telah mencabar pembangkang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya di Parlimen.
“Sepatutnya mereka (pembangkang) menggunakan peluang pada sidang Parlimen dengan membawa usul tersebut.
“Jadi bila mereka tidak membawa usul undi tidak percaya ini, saya bolej sifatkan mereka umpama ‘langau-langau’ politik sahaja,” kata kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Metrologi 2023 pada Ahad.
Sejak gagal menjadi kerajaan selepas PRU lalu, pembangkang sering memainkan naratif kononnya kerajaan bakal tumbang dengan dakwaan beberapa Ahli Parlimen mengalih sokongan mereka.
Baru-baru ini ia sekali lagi menjadi polimik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na'aman, memberi bayangan mengenai gerakan tersebut dengan memuat naik angka 126 di Facebook miliknya.
Tidak mahu situasi politik terus berada dalam keadaan ketidaktentuan sehingga akan menjejaskan keyakinan pelabur, Anwar mengulangi gesaan supaya keabsahannya dicabar.
Pejabat Ketua Pembangkang kemudian memaklumkan Perikatan Nasional (PN) tidak akan membawakan usul berkenaan.
![]() |
Pembangkang dicabar bawa usul tak percaya |
Ia sekali gus menyaksikan Anwar menjadi Perdana Menteri pertama dalam tempoh 14 tahun yang berjaya mendapat sokongan dua pertiga Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan sejak 2008.